Friday, 7 September 2012

HeiTech Futsal League 2012 : : Peraturan Pertandingan 4.0


Peraturan Pertandingan

1. Nama
Pertandingan ini dinamakan HeiTech Futsal League 2012.

2. PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Kakitangan HeiTech.

3. PENYERTAAN
3.1        Kelayakan penyertaan adalah untuk kakitangan yang mendaftar sebagai ahli kelab sukan HeiTech dan kepada pasukan-pasukan yang dijemput sahaja.
3.2        Bilangan pasukan yang diperlukan ialah sebanyak 12 pasukan.
3.3        Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 150 per pasukan, bagi pasukan jemputan pula yuran adalah sebanyak RM 300 per pasukan
3.4        Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 ogos 2012.

4. FORMAT / SUSUNAN PERTANDINGAN
4.1        Pertandingan ini diadakan secara liga dua (2) pusingan, timbal balik.
4.2        Pertandingan ini akan bermula pada 8 September 2012 dan berakhir pada 24 November 2012. Setiap perlawanan akan berlangsung pada hari Sabtu, di FIFA Court, Ferro de Futsal, USJ.
4.3        Tarikh-tarikh perlawanan ialah:
                        a. September                (Liga)                           – 8, 22
                        b. Oktober                   (Liga)                           – 6, 13, 20
                        c. November                 (Liga)                           – 3, 10, 17, 24
                                                          
* Untuk maklumat lanjut mengenai jadual perlawanan, pihak urusetia akan menyediakan jadual lengkap perlawanan setelah selesai urusan pendaftaran pasukan.
4.4        Johan, Naib Johan, Tempat Ke 3 & 4 ditentukan berdasarkan kedudukan akhir pasukan-pasukan yang bertanding selepas mengambil kira keputusan pada hari terakhir pertandingan.

5. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
5.1        Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh pihak urusetia.
5.2        Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih dari 10 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.
5.3        Pemain yang telah didaftarkan untuk satu-satu pasukan tidak dibenarkan menukar pasukan, dan pasukan yang bertanding tidak dibenarkan menukar mana-mana pemain yang telah didaftarkan sepanjang tempoh pertandingan ini berlangsung.

6. PAKAIAN PERTANDINGAN
6.1        Setiap pasukan adalah dikehendaki untuk menyediakan jersi bernombor bagi setiap pemain yang berdaftar untuk pertandingan ini.
6.2        Nombor bagi setiap pemain adalah tetap dan tidak boleh ditukar-tukar tanpa pengetahuan, pengesahan dan kebenaran pihak urusetia.
6.3        Jika terdapat persamaan warna jersi semasa perlawanan, pasukan ‘away’ akan menggunakan bib bernombor.

7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1        Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut:
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
7.2        Tie breaker ketika pusingan liga adalah seperti berikut:
·         Jumlah Mata
·         Perbezaan Gol
·         Jaringan
·         Bolos
·         Head-to-Head

7.3        Setiap perlawanan akan berlangsung selama 20 minit (10 minit setiap separuh masa termasuk waktu rehat).
7.4        Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning di dalam pertandingan ini secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.
7.5        Pemain yang menerima Kad Merah dan dikenakan perintah buang padang tidak dibenarkan bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
7.6        Pemain yang menerima Dua (2) Kad Kuning dan diikuti dengan Kad Merah dalam satu perlawanan juga secara otomatik akan digantung dua (2) perlawanan berikutnya.
7.7        Jumlah minimum pemain satu pasukan untuk memulakan perlawanan adalah seramai 4 pemain. Jika terdapat kekurangan pemain dari jumlah tersebut, pasukan lawan akan diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas 5 minit perlawanan sepatutnya bermula.

8. LAIN-LAIN PERATURAN
8.1        Syarat-syarat pertandingan adalah mengikut peraturan FUTSAL yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Bagaimanapun pihak penganjur BERHAK  untuk mengubah peraturan mengikut kesesuaian pertandingan. Taklimat ringkas undang-undang akan diberikan oleh pengadil bertugas selepas pendaftaran pemain selesai. Pengadil-pengadil yang dilantik adalah pengadil bertauliah yang mempunyai lesen pengadilan dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
8.2        Sebarang bantahan semasa kejohanan perlu dibuat secara rasmi kepada pihak penganjur. Pengurus pasukan perlu mengisi borang bantahan yang disediakan besama yuran bantahan sebanyak RM300.00. Wang akan dikembalikan jika bantahan adalah berasas selepas dibincangkan oleh penganjur, jawatankuasa pertandingan dan pengadil perlawanan.
8.3        Keputusan pengundian kumpulan dan keputusan pengadil perlawanan adalah MUKTAMAD.
8.4        Pihak penganjur TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap sebarang kemalangan, kehilangan, kecederaan, kerosakkan dan kehilangan harta benda persendirian.
8.5        Secara dasarnya, Johan & Naib Johan bagi kejohanan ini akan dipilih sebagai wakil HeiTech Padu Berhad dalam Kejohanan Futsal HeiTech Bersama Pelanggan (bergantung kepada jika kejohanan tersebut diadakan).

9. HADIAH
9.1        Pihak penganjur telah menyediakan hadiah-hadiah mengikut pemenang seperti berikut:
                        1. Johan Pertandingan   - RM 2,000.00 + Medal
                        2. Naib Johan               - RM 1,000.00 + Medal
                        3. Tempat ke 3             - RM 750.00 + Medal
                        4. Tempat ke 4              - RM 500.00 + Medal
                        5. Penjaring Terbanyak  - RM 250.00 + Trofi 

No comments:

Post a Comment